Wednesday, July 15, 2009

FIKIRKAN

terkadang2 sedih tengok perempuan yang tidak bertudung..tidak takutkah mereka?rambut mereka akan dibakar diakhirat kelak?dan akan berjalan diatas rambutnya hanya sehelai rambut yang sebelah..bayangkn betapa nipisnya rambut itu dan dibwhnya api neraka membara2 menunggu mangsanya..YA Allah azabMu terlalu perit..jauhilah aku dripa seksaan api neraka..wahai wanita yang dijadikan Allah perhiasan dunia..hiasalah dirimu dgn ketaqwaan bukan lah kehadiranmu mendatangkn fitnah..dan membinasakan kaum adam yang kadang2 iman nya senipis kulit bawang...dan sesungguhnya didalam alquran Allah terlah berfirman:wahai rasulullah katakanlah kepada isteri2mu anak2 permpuanmu dan wanita2 agar menutup tubuh mereka dgn pkaian yg aku turunkan..sesungguhnya aurat mereka keseluruhan kecuali muka dan tangan..
ketahuilah seksaan Allah amat perit..
p/s:peringatan untuk ana dn sahabat2 muslimah ana

AZAB

Dalam sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan
mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

= Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

= Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.

= Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

= Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.

= Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.

= Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur,
antaranya :-

= Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.

= Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

= Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).


Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

= Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.

= Allah S.W.T sangat murka kepadanya
fikir2knlah...

SABDA RASULULLAH MEMBUKTIKAN

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

~ dah nampak dah... bersepah mana2 ada..zina hati, zina mata ramai yg tak sedar lag...yg duk sms, dating ngan bf/gf tu ape?? Sendiri mau ingat..etc

3) Bermaharajalela alat muzik .

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka".
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi?wanita" - Ibnu Majah

~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah? CT kahwin..artis paling glamor saper???.. etc.

4) Menghias masjid & membanggakannya .

"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...cantinyer..tp isi (jemaah) tak byk, leh bilang..yg lelaki tuh jgn lupa ada hadis mengatakan tak sah solat lelaki bersendirian di rumah, igt2...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu... etc

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...kirala..yg ada pon dah meningkat usia daa..itu pun dicerca, diperlecehkan, ckp ckit org kata politik di masjid...eh, politik tu bukan pun sebahagian dari Islam ke??

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon, Tony Blair.... etc.

8 ) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...satu pejabat wat dek jek tak bagi salam pon, "hai" la yg popular skali diguna...aper arrr...bye...etc

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

~ fesyen zaman skarang pakai tudung tp menampakkan buah dada dsb,fesyen tube,spaghetti strap, Seluar ketat,Baju ketat n (baju kebaya cutting, pakai baju kurung pun nampk seksi gak tau),..(g-string etc.)... yg tak pakai lagila, insafla wahai "muslimat" sblm terlambat, tp aku heran klo depa solat pakai tudung pulak??? nape, Allah tgk kamu masa kamu solat je ker?? ish2..

10) Bulan sabit kelihatan besar

"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...perhatikanlah ..

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

~ try baca akhbar2 & majalah?yg popular skarang nie...byk berunsur fitnah....ai, melodi pon fitnah gak tau..jgn main2..kita byk dilalaikan.aku pon tak tau mungkin isu halal haram psl makanan ni alah satu petunjukNya...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq..

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN-TEMAN LAIN! SBB KITA SAMA-SAMA LALAI DAN LUPA...SLH SATU BENDA YG MUSTAHIL DI AKHIRAT KELAK IALAH PULANG SEMULA KE DUNIA NAK BUAT AMAL...SESUNGGUHNYA SEKSAAN ALLAH ITU AMATLAH PEDIH.....

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:

"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

AZAB TIDAK SOLAT FARDHU

Semoga berguna untuk kita semua OK. ^_^ Orang Yang Tidak Melakukan Solat: Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.. Dzuhur: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya.. Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.. Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. Isya': Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.. Sekarang anda mempunyai 2 pilihan: 1) Biarkan dalam offline msg anda. 2) Forward ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya- Allah , ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda forward. (Forwardkan Untuk Rakan - Rakan Muslim Anda Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya) Insya Allah....

ALLAHHUAKHBAR

Sesungguhnya tidak ada kehidupan yang kekal abadi di dunia ini. Kehidupan manusia di muka bumi ini hanyalah sementara. Akhirat jua tempat tinggal yang kekal abadi. Sebagai umat Nabi Muhammad, kita sentiasa terpelihara dan mendapat rahmat dari Allah SWT.

Sebagaimana kita sedia maklum, Nabi Muhammad adalah nabi terakhir yang diutuskan Allah untuk seluruh umat manusia. Tiada lagi nabi yang diutuskan selepas baginda. Selepas kewafatan baginda, bermulalah era akhir zaman dimana dunia akan mengalami kehancuran. Terdapat pelbagai tanda yang telah diturunkan oleh Allah SWT sebagai tanda dunia telah berada di ambang kiamat.

Berikut disenaraikan gambar-gambar yang membuktikan keagungan, kebesaran dan kekuasaan Allah SWT untuk dijadikan santapan rohani serta pedoman dalam meniti perjalanan menuju dunia akhirat.

[Klik pada gambar untuk paparan lebih besar]
Batu yang mengandungi kalimah Allah
Tulisan Muhammad pada badan kambing
Sarang lebah yang membentuk kalimah Allah
Pokok yang menyerupai orang sedang rukuk
Pokok yang membentuk kalimah Syahadah
Pokok yang menyerupai orang sedang rukuk
Pokok yang membentuk kalimah Syahadah

PAHALA YANG BESAR

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
Anda ada dua pilihan sama ada:
1.biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain..
2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....

ALLAH MENYAYANGI KITA

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..." Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa..